Thursday, 28 July 2016

Pembangunan Malaysia

Pengertian Pembangunan

Pada hakikatnya, pengertian pembangunan secara umum pada hakikatnya adalah proses perubahan yang terus menerus untuk menuju keadaan yang lebih baik berdasarkan norma-norma tertentu. Mengenai pengertian pembangunan, para ahli memberikan definisi yang bermacam-macam seperti halnya perencanaan. Istilah pembangunan biasa saja diertikan berbeza oleh satu orang dengan orang lain, daerah yang satu dengan daerah lainnya, Negara satu dengan Negara lain. Namun secara umum ada suatu kesepakatan bahawa pembangunan merupakan proses untuk melakukan perubahan (Riyadi dan Deddy Supriyadi Bratakusumah, 2005).


 

Koridor Raya Multimedia (Inggeris: Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.





Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasangmenara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).






Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikanKuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.





PLUS Expressways Berhad (PEB) atau Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) (MYX: 5052) adalah pengendali Konsesi Lebuh Raya atau syarikat Bina-Kendali-Pindah (Build-Operate-Transfer/BOT) di Malaysia. Satu ahli di dalam UEM Group, syarikat ini merupakan pengendali lebuh raya bertol yang disenaraikan paling terbesar di Asia Tenggara, Asia, dan kelapan paling terbesar di dunia.




KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tmabang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 akan dibuka pada Mei 2, 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT akan berpindah ke KLIA2 pada Mei 9, 2014.

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah SepangSelangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintarmengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

ETS 5.jpg
ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 10 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu tiga di Perak, dua di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan dua lagi di Negeri Sembilan.

Lim Yan Ran
Choong Hooi Yee
Tan Tzu Rui
Wong Jia Yee


Friday, 15 July 2016

Malaysia Cemerlang Dalam Bidang Pendidikan

          Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting dalam usaha menyediakan negara kita ke arah maju. Sistem pendidikan di Malaysia adalah  diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.
         
          Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi ataupun dikenali sebagai Universiti.


 Universiti Terbaik di Malaysia


     1. Universiti  Malaya


 Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.]Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Universiti Malaya berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, namun ia hanya berada pada kedudukan ke 27 di Asia, dan kedudukan ke 146 di dunia.



  2.Universiti Putra Malaysia


Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. 

Universiti Malaya berada di tangga kedua di Malaysia,  berada pada kedudukan ke 49 di Asia, dan kedudukan ke 331 di dunia.

UPM merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang  menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.


  3.Universiti Sains Malaysia

6 edit


Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.


Universiti Sains Malaysia (USM) berada di tangga ketiga di Malaysia, kedudukan ke 51 di Asia, dan kedudukan ke 289 di dunia.


   4.Universiti Kebangsaan Malaysia



Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia

UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

UKM berada di tangga keempat di Malaysia,  berada pada kedudukan ke 55 di Asia, dan kedudukan ke 312 di dunia.




Disediakan oleh: Hon Zhi Yu,Tham Khoi Yan,Wong Xiang Wen,Yip Wan Yau

Tuesday, 12 July 2016

Kebudayaan Malaysia

Makanan Tradisi Kaum Melayu

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.




LEMANG

Lemang ialah  sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.




RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.



DODOL-DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

Makanan Tradisi Kaum India


ROTI CANAI 

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.




NASI BERIANI 

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.





MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.


Makanan Tradisi Kaum Cina

Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.


CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.





KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.




KUIH BULAN 

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.




Disediakan oleh: Lee Zi Hui, Teh Hui Mun, Teoh Lee Yuan, Wong Hui Ying