Pengertian
Pembangunan
Pada
hakikatnya, pengertian pembangunan secara umum pada hakikatnya adalah proses
perubahan yang terus menerus untuk menuju keadaan yang lebih baik berdasarkan
norma-norma tertentu. Mengenai pengertian pembangunan, para ahli memberikan
definisi yang bermacam-macam seperti halnya perencanaan. Istilah pembangunan
biasa saja diertikan berbeza oleh satu orang dengan orang lain, daerah yang satu
dengan daerah lainnya, Negara satu dengan Negara lain. Namun secara umum ada
suatu kesepakatan bahawa pembangunan merupakan proses untuk melakukan perubahan (Riyadi dan Deddy Supriyadi Bratakusumah, 2005).
Koridor Raya
Multimedia (Inggeris: Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia
secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara
Berkembar Petronas hingga ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.
Menara
Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasangmenara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih
merupakan menara
berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi
pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi
dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga
atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan
antarabangsa Majlis
Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian
tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah
pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikanKuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam
taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya
futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
PLUS
Expressways Berhad (PEB) atau Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) (MYX: 5052) adalah
pengendali Konsesi
Lebuh Raya atau syarikat Bina-Kendali-Pindah (Build-Operate-Transfer/BOT) di Malaysia. Satu
ahli di dalam UEM
Group, syarikat ini merupakan pengendali lebuh raya bertol yang
disenaraikan paling terbesar di Asia Tenggara, Asia, dan kelapan
paling terbesar di dunia.
Choong Hooi Yee