Tuesday, 12 July 2016

Pelancongan

PELANCONGAN



Pengenalan pelancongan



Pelancongan didefinasikan sebagai perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lain yang dirancang dan Bertujuan untuk melihat tempat berkenaan atau bersuka ria dan dilakukandapat dilakukan oleh pelancong sama ada secara bersendirian atauberkumpulan. Selain itu, pelbagai aktiviti berasakan pelancogan dapat dilakukan oleh pelancong atau pengunjung di sesebuah destinasi tarikan pelancongan



            Dasar Pelancongan Negara diwujudkan bertujuan untuk menjadikan industri pelancongan negara sebagai satu sektor utama, mapan , berdaya maju dan berkualiti dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi Negara. Industri pelancongan di Malaysia merupakan salah satu daripada sektor penting yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan kaya dengan adat resam serta alam semula jadi dapat menarik pelancong untuk melancong ke Negara ini.



          Industri pelancongan merupakan satu daripada sumber yang menyumbangkan pendapatan kepada Negara. Peningkatan pendapatan Negara melalui industri pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup amsyarakat setempatdan pengagihan ekonomi yang seimbang.



Image result for TEMPAT pelancongan di malaysia.
A-FAMOSA DI MELAKA
Kota ini dilengkapi dengan empat menara ataupun ketelom (bastion) dengan ketebalan tembok sebanyak 2.4 meter sehingga 4.5 meter. Menara-menara yang dibina tersebut adalah Baluerte de Santiago, Baluerte Madre de Dios, Baluarte San Pedro, Baluerte Santo Domingo, Baluerte de las Virgenes. Ia juga turut dilindungi dengan 70 buah meriam di setiap arah penjuru (semua arah).

No comments:

Post a Comment