Tuesday, 12 July 2016

Pengangkutan


PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Untuk memudahkan kehidupan rakyat Malaysia kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai  kemudahan pengangkutan awam.
Hal ini demikian,selain bas dan teksi negara kita telah wujudnya pelbagai pengangkutan awam yang lebih moden  antaranya termasuklah :

   ·     Sistem Transit Tren Ringan (LRT)  



     LRT menggunakan keretapi moden berkuasa elektrik dan bergerak di atas dua landasan untuk menawarkan pilihan yang selesa dan boleh dipercayai untuk bergerak dalam kawasan bandar Kuala Lumpur.
   
   ·  Monorel



  KL monorel adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Ia merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Kuala Lumpur Sentral.

   ·    Kereta api Tanah Melayu (KTM)



  KTM mengendali beberapa perkhidmatan antarabandar di bawah jenama KTM 
 Antarabandar (KTM Intercity). Kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi dari 
 Stesen  Kuala Lumpur Sentral. Bagaimanapun, terdapat perkhidmatan kereta api 
 ini yang hanya beroperasi sepanjang laluan Pantai Timur di antara Tumpat dan 
 Gemas dan seterusnya menuju kepada Singapura. Terdapat satu perkhidmatan
 kereta api merentas sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan  Bangkok, Thailand.

· Kapal terbang seperti  Malaysia Airline Berhad



Malaysia Airlines (Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia) ialah syarikat
penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia,Oceania dan
Eropah. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan
antarabangsa. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.Syarikat ini merupakan salah
satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat
pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax
   
   · Kereta api elektrik (ETS)




Perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh dengan memandu kereta mungkin memakan
masa hingga tiga jam tetapi kereta api elektrik (ETS)  hanya mengambil masa dua  jam lima minit sahaja.


· Lebuh Raya



Lebuh raya utama di Malaysia iaitu lebuhraya ekspres mempunyai kawalan akses sepenuhnya, persimpangan bertingkat dan sebahagian besarnya bertol. Lebuh raya ekspres menghubungkan ibu negeri utama di Semenanjung Malaysia dan bandaraya utama di Lembah Klang. Semua lebuh raya ekspres diuruskan oleh beberapa syarikat yang menerima konsesi daripada Kerajaan Pusat.

Kesimpulannya, kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua.Haraplah negara kita akan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi dalam bidang pengangkutan.

Nama  ahli kumpulan:
Teoh Jia Yi
Lye Lik Yin
Wong Min
Lam Yuen Teng
                        

No comments:

Post a Comment